Thursday, January 28, 2010

zulfan...ibu

Sejenak hatiku mula tersungkur,
Bila terkenang ibuku nun jauh,
Aku di rantauan penuh kerinduan,
Bersama harapan pulang ke pangkuan.

Biarpun anakmu jauh di mata.
Namun di hati tak pernah ku lupa,
Wajah manis ibu, tutur kata,
Menjadi penyubur semangat jiwaku.

Walau selaut kucurah baktiku,
Walau segunung kutabur jasaku,
Namun takkan dapat kubalas,
Pengorbananmu waktu kecilku.

Untukmu ibu salam sayangku,
Doa dan restu kupohon darimu,
Agar dimudahkan laluan hidupku,
Menempuh dugaan di medan ilmu.

Alangkah rindunya belai kasihmu,
Alangkah indahnya mutiara katamu,
Ingin rasanya bertemu kembali,
Kenangan dahulu yang harum mewangi.


Wednesday, January 27, 2010

maklumat dri sahabat iluvislam.

Ayam keluaran Perak Duck yang dijual di Tesco didapati *TIDAK HALAL* dan
telah disaman RM 5 juta. Disiarkan dalam NST ms. 26 dan Berita Harian.
Ayam
Tesco tak halal untuk makluman semua !!!

Coca- cola
Terdapat bendasing dalam coca cola yg belum dibuka.

Kopi Pahlawan
Kopi yg dilaporkan mengandungi racun membawa maut.

GSB Seafood Ent
Bebola ikan yg diproses dari usus babi

Sila war-warkan kpd kawan². TQ SUMBER DARI :-
Ms Junaidah SHEIKH MOHD NAZRI BIN SHEIK ABU
Unit Pengurusan Pengairan Bahagian Pembangunan Taman
Jabatan Landskap & Taman PERBADANAN PUTRAJAYA
Tel : 03-88877530 / 012-3387640

Sunday, January 24, 2010

KEWAJIPAN WANITA SOLEHAH


a) Menjaga diri, harta dan anak-anak:

Seorang isteri bertanggungjawab menjaga penghormatan dirinya daripada diganggu oleh gejala-gejala yang akan merosakkan hubungan suami isteri. Penjagaan diri dari aspek fizikal dan mental, supaya fizikalnya sihat dan mentalnya bersih dari pemikiran yang tidak baik.
Seorang isteri juga bertanggungjawab menjaga harta suami yang diamanahkan kepadanya. Menjaga harta dari kecurian, kerosakan dan kemusnahan. Mengurus kewangan rumahtangga supaya tidak dibelanja pada perkara-perkara yang membazir dan tidak mendatangkan faedah.
Selain daripada harta benda yang perlu diurus, anak-anak juga menjadi tanggungjawab utama kepada seorang isteri. Tanggungjawab isteri sebagai ibu menjaga maslahat anak-anak dan menjauhkan mereka dari sebarang keburukan. Penjagaan yang dijalankan oleh isteri akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. seperti yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud:
"Setiap orang kamu adalah gembala, dan setiap gembala itu bertanggungjawab ke atas orang di bawah jagaannya."


b) Kewajipan Wanita, 8 Perkara:

1. Sembahyang awah waktu
2. Senantiasa membaca Al-Quran
3. Zikir pagi dan petang
4. Talim di rumah
5. Menjaga aurat
6. Khidmat dan hormat kepada suami
7. Mendidik anak cara Islam
8. Memberi galakan kepada suami / muhram keluar bermujahadah di jalan Allah swt.


Allah Maha Pengasih


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, 
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, 

Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, 

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH...